Ikatan sejarah Empayar China Akhir Cheng_Ho

Salah satu kepercayaan popular adalah selepas pengembaraan Zheng He, China telah berpaling daripada penjelajahan laut dan melalui tempoh beku teknologi. Sudut pandangan sejarah sebegini telah digunakan dalam menyokong pendapat mengenai pelaburan ke dalam penjelajahan angkasa. Walaupun pakar sejarah seperti John Fairbanks dan Joseph Needham mempopularkan pandangan sebegini pada 1950an, kebanyakan pakar sejara China kini mempersoalkan ketepatannya. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan laut China tidak terhenti selepas pelayaran Zheng He tamat, dan China kekal mengawal perdagangan Asia Tenggara sehingga abad ke-19 dan perdagangan China dengan India dan Afrika Timur kekal aktif lama selepas tempoh masa Zheng He. Walaupun Dinasti Ming pernah mengharamkan pelayaran dengan Hai jin untuk beberapa abad, mereka akhirnya membatalkan pengharaman tersebut.

Bagaimanapun, usaha tentera laut Ming merosot dengan mengejut selepas pelayaran Zheng He. Bermula pada awal abad ke 15 negara China mengalami tekanan yang meningkat dari kaum Mongol yang melanda dari utara. Sebagai pengakuan ke atas kesedaran ini dan kemungkinannya untuk berada lebih hampir dengan pengkalan kuasa sejarah keluarganya, Maharaha Yongle memindahkan ibu negara utara dari Nanjing ke Beijing pada 1421. Dari ibu negara baru ini beliau boleh mengawasi secara langsung usaha untuk mempertahankan perbatasan utara. Dengan kos pembiayaan yang besar, negara China melancarkan ekspedisi ketenteraan tahunan dari Beijing untuk melemahkan orang-orang Mongol. Kos yang diperlukan untuk kempen ini bertanding secara langsung dengan tabung yang diperlukan untuk meneruskan penjelajahan laut.

Pada tahun 1449 pasukan berkuda Mongol menyerang hendap ekspedisi darat yang diketuai secara langsung oleh Maharaja Zhengtong kurang dari sehari perjalanan dari tembok ibu kota. Tentera Mongol menghapuskan tentera Chinese dan berjaya menangkap Maharaja. Pertempuran ini menghasilkan dua kesan. Kesan pertama, ia membuktikan dengan jelas ancaman yang diberikan oleh orang-orang nomad utara. Keduanya adalah krisis politik di China yang berlaku apabila orang-orang Mongol hanya membebaskan Zhengtong selepas saudara tirinya telah melantik dirinya sebagai Maharaja baru Jingtai. Hanya selepas tahun 1457 barulah politik China kembali stabil apabila maharaja Zhengtong berjaya merampas kembali takhtanya. Selepas kembali berkuasa, China meninggalkan strategi ekspedisi darat tahunannya dan sebaliknya melaksanakan usaha menyambung Tembok Besar Negara China secara besar-besaran yang menelan belanja yang mahal. Dengan keadaan sebegini, sumber kewangan untuk ekspedisi laut makin berkurangan.

Lebih asas lagi, tidak seperti ekspedisi negara-negara Eropah, ekspedisi tentera laut China kelihatannya gagal dalam jangka masa panjang (sekurang-kurangnya pada kaca mata penentuan ekonomi) kerana pelayaran tersebut ketiadaan motif ekonomi. Pelayaran-pelayaran tersebut dilakukan bertujuan meningkatkan lagi kemasyhuran maharaja dan kos ekspedisi dan hadiah balas kepada raja-raja asing melebihi ufti yang diterima. Dengan itu, apabila kewangan negara China berhadapan dengan masalah (yang serupa dengan semua kewangan kerajaan medieval akhirnya), pembiayaan untuk tentera laut lesap begitu sahaja. Berbeza dengan misi eropah pada abad ke 16, kebanyakan penjelajah eropah mendapat keuntungan daripada perdagangan yang terhasil dan dari perampasan tanah / sumber pribumi untuk menjadi bebas dari keadaan kewangan negara asal.